Jumaat, 7 Julai 2017

Netball Zon Panglima 2017


Assalammualaikum..salam Aidilfitri untuk semua..pejam celik dah 14 Syawal. Tahun ni aku terpilih sekali lagi menjadi Pengurus Bolajaring untuk Zon Panglima(dulu dikenali Zon Tengah). Tahun ni format zon ditukar. Nama Kontigen ditukar.

1.Zon Pahlawan ( JIM Johor)
2.Zon Perkasa   ( JIM Sabah/Sarawak/Labuan)
3.Zon Perwira    ( JIM KLIA/Melaka/Ng Sembilan 
                                / Akademi Imigresen)
4.Zon Perajurit  ( JIM Kedah/P.Pinang/ Perak 
                                / Perlis)
5.Zon Pendekar ( JIM Kelantan/Pahang / 
                                Terengganu)
6.Zon Panglima ( JIM Putrajaya/ Selangor/
                                W.P Kuala Lumpur)


Minggu ni agak sibuk membuat permilihan pemain zon Panglima. Zon Panglima merangkumi JIM Selangor, WPKL dan Putrajaya. Sessi permilihan diadakan selama 2 hari iaitu 6 & 7 Julai 2017 di Kelab Sukan SUK Selangor Seksyen 5, Shah Alam. Seramai 20 pegawai telah hadir untuk sessi permilihan dan 12 pemain berjaya terpilih mewakili Zon Panglima. Tahniah semua








Bermulalah sessi latihan pada 11hb Julai.. merata juag kami berlatih sebab masalah gelanggang. Sekejap di Tasik Titiwangsa, sekejap di Puspanita Putrajaya kemuadian ke Dewan Komuniti Gombak akhirnya Gelanggang BolaJaring Matrade..Kami berlatih di luar untuk membiasakan diri kerana padang bolajaring UUM di luar. So abislah kulit kami yang gebu gedebas tapi demi minat bertabahlah hati. 





Tahun ni aku agak kelam kabut juga menguruskan pasukan sebab last minit. Majoriti player lama semua telah bertukar ke zon lain , aku terpaksa  bermula dari zero untuk mencari bakat-bakat baru. Macam-macam hal timbul, player deman campak, kuku tercabut dan lari ke game volleyball.. Nasib baik ramai kawan-kawan datang membantu.. Begitu dengan jurulatih Puan Kamisah Katan..hasil didiknya nampak perubahan skill player. Doakan team kami..

Tiada ulasan: