Ahad, 25 Jun 2017

SYAWAL 1438H

SALAM AIDILFITRI 


Dua hari sebelum Syawal, aku dah balik Port Dickson..Tahun ni adik perempuan aku tak beraya dengan kami kerana turn dia pulang ke Trengganu. 

Setiap malam raya, kami akan mengadakan takbir raya di rumah.

Seawal 5.00 pagi aku bangun. Menyiapkan juadah dan mengemas rumah. Alhamdulilah tahun ni aku masih berkesempatan untuk menunaikan solat Aidilfitri.

Tahun ni aku bertugas di petang raya. Sekurang-kurangnya malam dan pagi raya aku dapat bersama keluarga..ini untungnya bila kampung dengan pejabat dekat.

Tengah layan tetamu, keluar takbir raya dari rakan rakan JPJ Selangor.... tunggu Imigresen tak keluar-keluar..

Tiada ulasan: