Hari ini kami sekeluarga berkelah di Glendalough yang terletak di Country Wicklow.
Perjalanan mengambil masa 45 minit. Sepanjang perjalanan menaiki bukit bakau, sejuk mata memandang keindahan ilahi..
Glendalough merupakan salah satu destinasi yang wajib dilawati jika anda sampai ke Ireland. Kecantikan semulajadi yang sangat memukau. Pelbagai aktiviti santai ataupun lasak boleh dijalankan disini seperti jungle tracking, rock climbing, berkayak dan BBQ.
Setiba kami disana, ujan rintik ..suhu dah mencecah 7c.. anak saudara Issac mula merengek kesejukkan..."I want to go back Malaysia".. gelak kami dibuatnya.. Nasib baik kami datang awal, jadi parking masih banyak yang kosong. Kami memerlu membayar Euro 4 untuk sekali masuk. Terdapat pelbagai gerai menjual Fish and Chip, Dessert dan Aiskrim. Pelik pulak tengok Irish menikmati aiskrim dalam cuaca sejuk. Sepanjang kami berada disini minuman wajib kami ialah Hot Chocalate.
My Family |
Aaaron posing ala ala model |
Berkelah dalam hujan |
Dalam ujan kami menikmati juadah yang dibawa dari rumah. Menu Nasi Lemak dengan Sambal Udang.. tekak melayu mana boleh pisah dengan pedas.
Kesejukkan |
Upper Lake |
Berada disini membuat fikiran terbayang bayang movie yang berlatar gunung ganang..terbayang dragon ..macam macamlah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan