Selasa, 10 Mei 2016

England, Liverpool

Dari Manchester ke Liverpool cuma mengambil masa sejam sahaja. Aku dan abah merupakan peminat setia Liverpool. Sudah menjadi impian kami untuk jejaki kaki ke Stadium Anfield.Teruja sangat....
Gila ramai peminat Liverpool, kami terpaksa beratur untuk membeli tiket untuk tour. Frust bila dapat tahu tiket Tour Stadium dah sold out. Cuma tinggal tour masuk half tour je tinggal so biarlah gambar berbicara. (sumber : http://stadiumtours.liverpoolfc.com ) 
Kota Liverpool merupakan sebuah bandar pelabuhan di Barat Laut England tetapi Kota Liverpool lebih dikenali sebagai kampung halaman kumpulan popular The Beatles dan Kelab Bolasepak Liverpool.Setelah puas menerokai Stadium Anfield kami sekeluarga bergerak  ke Liverpool One untuk bertemu adik yang baru tiba dari London. Liverpool One merupakan salah satu shopping complex yang popular di Eropah. Terdapat 170 kedai, restoren, pub, panggung wayang dan sebuah taman yang dikenali  Chavasse Park. ..lenuh juga berjalan dengan keadaan cuaca yang sejuk....kami tak beli apa pun sekadar cuci mata je ..lastly kita orang lepak kat Starbuck sambil menghirup coklat panas. 
Dari Liverpool One kami cuma berjalan ke Cavern Club. Bermula di era 50an Cavern Club amat popular dikalangan anak remaja di kota Liverpool. Kumpulan The Beatles menempah nama bermula disini.

Tiada ulasan: