Jumaat, 29 April 2016

Ireland Day 2 Collon

Pekan Collon merupakan sebuah kampung dan tanah bandar di barat daya Country Louth, Ireland.Kami bernasib baik kerana dapat melihat sendiri ladang ternakan kuda, lembu dan kambing biri - biri yang menambahkan lagi keindahan suasana perkampungan yang nyaman dengan rekabentuk senibina rumah yang unik yang di temui sepanjang percutian. 
Perjalanan ke pekan Collon mengambil masa lebih kurang satu jam ke Kota Dublin, kami akan melalui beberapa pekan kecil dan kawasan perkampungan dan ladang ternakan kambing biri-biri yang menghijau yang dipenuhi dengan kambing biri-biri berkeliaran lagi/bak saujana mata yang memandang serta kawasan berbukit bukau yang mempunyai pemandangan yang amat indah sekali.