Sabtu, 30 April 2016

Ireland Day 3 Dublin

Ireland bukanlah satu destinati popular dikalangan orang Malaysia, mungkin faktor ketiadaan penerbangan terus. Untuk kaki shopping this it no place for you guys. Tetapi sesiapa yang pernah kesana , anda pasti setuju Ireland is the best place for relax and terapy. Suasana dan keindahan semulajadi membuat anda jatuh cinta. 
Highway M1. 
Kota Dublin, ibu negara Republik Ireland terletak di pantai timur Ireland di muara Sungai Liffey. Bangunan zaman pertengahan termasuk Dublin Castle abad ke -13 dan mengenakan Gereja St. Patrick, yang diasaskan pada 1191. Kota Dublin adalah yang ke-tiga paling popular di Eropah. Kota ini memang menarik dan bersih. Bandar ini sangat padat dan dipisahkan oleh River LiffeyKota Dublin adalah sebuah bandar pub, beridah dan menyeronokkan, dan ia adalah sempurna untuk percutian bajet macam kami sekeluarga
Disini tak banyak tol kat malaysia. Dari Collon ke Dublin, kami jumpa satu tol sahaja. Kaunter tol mereka hampir sama dengan kita cuma mereka ada  kaunter khas untuk pengguna yang menggunakan duit siling. Mereka hanya campak duit didalam kaunter. Pastikan anda mempunyai duit ngam2 sebab kaunter ni tidak akan mengembalikan duit baki. Tapi orang Ireland jujur orangnya. Kenapa aku cakap begitu.. disini jika anda membeli minyak di stesen minyak, anda isi dahulu minyak selepas selesai baru ke kaunter untuk bayar. Agak-agak buat kat malaysia..apa akan jadi..sendiri jawap ok...Satu accident, aku tertinggal tiket parking kat autoteller..nasib baik ada insan yang baikhati letak diatas autoteller
Mark & Spencer 
Kota Dublin masih mengekalkan bangunan - bangunan  lama yang dipenuhi dengan landskap yang sangat menarik. Tiada bangunan yang mencakar langit kerana bangunan disana tidak boleh melebihi ketinggian gereja. 
Temple Bar ialah kehidupan malam di tepi sungai dan kawasan kebudayaan, rumah kepada Institut Filem Irish. Sibuk, sebahagian besarnya pejalan kaki Grafton Street adalah kawasan membeli-belah utama di bandar ini, juga terkenal dengan pemuzik jalanan itu.

Singgah makan restoren halal

Henry Street terkenal dengan barang-barang berjenama dan mahal. 


Sibuk, sebahagian besarnya pejalan kaki Grafton Street adalah kawasan membeli-belah utama di bandar ini, juga terkenal dengan pemuzik jalanan itu.







Hard Rock Cafe Dublin








Jumaat, 29 April 2016

Ireland Day 2 Collon

Pekan Collon merupakan sebuah kampung dan tanah bandar di barat daya Country Louth, Ireland.Kami bernasib baik kerana dapat melihat sendiri ladang ternakan kuda, lembu dan kambing biri - biri yang menambahkan lagi keindahan suasana perkampungan yang nyaman dengan rekabentuk senibina rumah yang unik yang di temui sepanjang percutian. 
Perjalanan ke pekan Collon mengambil masa lebih kurang satu jam ke Kota Dublin, kami akan melalui beberapa pekan kecil dan kawasan perkampungan dan ladang ternakan kambing biri-biri yang menghijau yang dipenuhi dengan kambing biri-biri berkeliaran lagi/bak saujana mata yang memandang serta kawasan berbukit bukau yang mempunyai pemandangan yang amat indah sekali.



















Khamis, 28 April 2016

Ireland Day 1

6 pagi dah terpacak di KLIA
Alhamdulilah sekali lagi dengan izin allah dapat saya mengembara. Negara yang dituju ialah Ireland. 

Selama 13 jam dengan menaiki MAS penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke London...nasib baik dlm flight disediakan monitar. Macam- macam movie aku layan - tido - bangun - makan - tido lagi..

Kami bernasib baik flight tak penuh..Pramugari siap offer kami duduk sorang satu row..apalagi..kami bantai tido baring..


Lega apabila flight kami sudah menjengah Terminal 4 Heatrow Airport. Terkejut aku tengok Q yang panjang untuk proses pemeriksaan Imigresen. Sampai kaunter Border Security, dengan muka ketat..macam - macam soalan pegawai bertanya kat adik aku.. Kalo kat Malaysia dah lama kat komplain. Siap hempas dan baling pasport kat muka pegawai Imigresen. 10 tahun bertugas di front line di KLIA, macam - macam perangai orang aku jumpa. Siap minta special line (tertiba tertiba sessi mencurahkan perasaan). Bila dia amik pasport aku ..terus dia angkat muka dan bertanya.. "Who Chief Immigration Officer".. Aku jawap "Me..tunggu juga kalo dia nak tanya soalan..21 tahun asyik aku je tanya soalan kat pelawat asing..teringin nak jawap soalan tapi pegawai itu terus cop pasport aku tanya sebarang soalan. Alahai kenapa ko tak tanya..aku baru nak tunjuk skill menjawap.

(tips: sediakan printed copies hotel booking confirmation atau alamat lengkap jika tinggal di rumah kawan/saudara, tiket flight pergi dan balik, tket flight domestik , tiket keretapi/bas dan sebagainya.dan disusun mengikut intinery)


Kami bergegas untuk mengambil bagasi sebab kami perlu ke Luton Airport  dan menaiki flight ke Dublin. Dari Heatrow ke Luton Airport memakan masa selama sejam. Kami harus menaiki bas National Express. Kami beli tiket melalui online. Cuak kami bila bas ni berhenti pekan kecil. Kesilapan pada kami tak semak, rupanya National Express ni bas berhenti-henti. Kami hanya mampu berdoa agak sempat sampai ke Luton Airport.


Posing sebelum berlepas


Bila nak sampai nie...
My Hero
Setiba di Luton Airport, kami nyaris tidak dibenarkan check in kerana kaunter telah tutup. Oleh kerana kami dan check in online dan print bording pas, Petugas kaunter menunggu kami. Kalo kat malaysia ko rasa  lepas check ini bagasi, sekali lagi kami harus melalui pemeriksaan ketat sebelum masuk departure. hari ini dalam sejarah, kami berlari ke gate.. Selama ni aku cakap LCCT Airport yang berserabut, rupanya Luton Airport lagi teruk. Signboard tak ada, jarak ke gate terlalu jauh. Aku, abah dan mama merupakan penumpang terakhir tiba di gate. Pramugari dan Petugas Airline sedang menunggu kami. Teruja bila aku tengok Petugas Arline bertudung. Tebal muka aku bila masuk flight, semua mata memandang.. semua mat salleh,  kami muka melayu dan bertudung..terasa ganjil sangat.
Airport Dublin
Penerbangan memakan masa hampir 1 jam. Sesampainya kami di bumi Ireland jam 9.30 malam, kami disambut dengan hujan renyai-renyai dan suju 10c. Sunyi sepi airport.. Di Ireland berbeza masa lebih kurang 8 jam dari waktu Malaysia.

Ireland terbahagi dua negara iaitu Northern Ireland dan Republic of Ireland. ia dipisahkan dari Great Britain ke sebelah timur dengan Selat Utara, Laut Ireland dan Channel St George. Northern Ireland dibawah jajahan Great Britain.Matawang yang digunakan GBP. Republic of Ireland di bawah Kesatuan Eropah (EU)  dan matawang yang digunakan Euro. Keluar masuk untuk kedua negara ni tak perlu melalui boder security.. kita akan tahu bila masuk jajahan Great Britain pada signboard.  
Jarak dari Dublin Airport ke Pekan Collon


Kami menunggu shuttle bas untuk ke lokasi mengambil kenderaan yang terletak berhampiran airport. Shuttle bas disediakan secara percuma untuk mengambil kereta yang telah kami tempah. Kita harus kemukakan International Driving Permit (IDP). IDP boleh buat di mana-mana Pejabat JPJ dengan kadar bayaran RM 150. IDP berlaku 9 bulan. Setelah urusan menyewa kereta selesai, kami sekeluarga bergerak ke Pekan Collon, tempat tinggal kami sepanjang kami berada di bumi Ireland. 
Kenderaan yang disewa


Road Tax Republic of Ireland
International Driving Permit (IDP)