Sabtu, 27 Oktober 2018

England, London


Kota London merupakan ibu negara England dan merupakan bandar paling besar di United Kingdom dan Eropah. Mata wang yang digunapakai di UK ialah Pound Sterling atau Great Britain Pound.Cuaca di UK selalunya tidak menentu begitu dengan hujan. Selalunya hujan renyai tak seperti di Malaysia. Sistem keretapi bawah tanah London  (Underground Tube) adalah tertua di dunia. Hari pertama kelam kabut kami dibuatnya kerana peta tube London memang agak serabut kerana terlalu banyak line dan stesen. Jangan risau hari kedua, dah mulai faham kerana setiap line mempunyai warna-warna tersendiri..actually sama seperti di Malaysia dan Singapura. Kita juga boleh menggunakan Bas Merah atau kita kenali Bus Double Decker. Sebelum itu, kita perlu beli Kad Oyster (ala -ala Touch N Go ). Makanan halal mudah di cari di Kota London terutama di Edgware Road. Terdapat premis tertentu  seperti Nandos, Subway dan KFC menyedikan makanan halal. Jika nak cari tekak Malaysia, boleh cari di Kantin Malaysia Hall, Warisan cafe, Bonda Cafe dan sebagainya. Saya suka ke Tesco, ALDI atau LIDL kerana produk disitu jual dengan harga murah contoh susu segar, roti dan telur kita boleh dpt bawah dari 1 pound.



Cuaca di London sentiasa hujan..jika berhajat kesini jgn lupa bawa pakaian yang sesuai.






Selasa, 2 Oktober 2018

PASTAK


Kepada Anakanda PASTAK semua,

Begitu terharu saya membaca, melihat gambar-gambar dan menonton video yang dipaparkan dlm Group ini.

Tidak segan saya nyatakan air mata saya menitis ke pipi lantaran perasaan dukacita yg amat sangat.

Saya merasakan kehilangan seorang anak. JIM kehilangan seorang pegawai berdedikasi. Negara kehilangan seorang perwira berjasa.

Sementara kepiluan amat dirasai. Pemergian PI Mohammad Hanafi Abd. Rahman bukan utk diratapi. Perjuangan diteruskan tanpa henti. JIM dan PASTAK teguh berdiri, berdedikasi dan berintegriti tinggi. JIM hebat di persada dunia, jasa beliau disanjung tinggi.

Semoga roh Allahyarham PI Mohammad Hanafi Abd. Rahman ditempatkan Allah S.W.T. bersama roh para Anbiya', syuhada dan solihin.

Drp:
Hj. Mustafar Haji Ali
Ketua Pengarah
Jabatan Imigresen Malaysia.