Khamis, 23 November 2017
Rabu, 22 November 2017
Singapore 22- 24 November 2017
Aku bersama adik perempuan bertolak ke Singapore dengan menaiki Bas Transional/Nice dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada jam 1100 malam.
Dalam jam 4.30 pagi kami tiba ke Kompleks Imigresen/Kastam Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, Johor. Setelah selesai urusan Imigresen, bas kami bergerak ke Tuas Checkpoint Singapura untuk urusan pemeriksan kastam dan imigresen.
Last point untuk kami turun di Plaza.. suasana sunyi kerana baru jam 5.45 pagi. Ini merupakan kali pertama kami ke Singapura secara solo. Masing-masing tak tahu nak tuju mana..target pertama ke The Shophouse di Arab Street.. hampir 45 minit yang berjalan kaki..rupanya kami dah salah jalan..dengan letih dan mengantuk..allah saja yang tahu waktu tu..akhirmya kami jumpa hostel yang booking..Malang sekali lagi nasib kami, hostel ni tidak dibuka 24jam..hanya beroperasi jam 8 pagi..so kami decided lepak depan hostel kerana keletihan.
Kami bernasib baik dibenarkan untuk check in awal kerana ada katil kosong. setelah selesai membersihkan diri, perut mula berdendang.. misi mencari murtabak singapore.. Tak sah jika anda ke Singapura tidak kena murtabak dari Restoren Zam Zam..
Setelah menjamu selera, kami ronda ronda di kawasan situ.
Langgan:
Catatan (Atom)