Sabtu, 6 Mei 2017

The Sultan of Selangor Cup 2017


Piala Sultan Selangor merupakan satu acara tahunan antara Pasukan Selangor dan Singapura bermulai tahun 2001. Pertembungan antara rakan dan musuh tradisi di dalam acara bolasepak.
Tahun ini acara ini diadakan di Stadium Nasional, Singapura. Sebanyak 110 bas disediakan untuk penyokong Selangor. Peminat cuma perlu membayar RM10 untuk tiket sahaja..yang lain di sponsar oleh Persatuan Bolasepak Selangor dan Kerajaan Selangor.
Seawal jam 630 petang aku terpacak di Stadium Shah Alam. Terus mencari bas No 8. Nasib baik Bas no. 8 untuk rombongan Imigresen shjdan seorang Pegawai JPJ. Jam 8.30 malam 20 bas bergerak secara konvoi ke Johor. Rombongan bas dilepaskan secara bergilir kerana tidak mahu kesesakan di Kompleks Imigresen. begitu sibuk urusetia dan pegawai JPJ menguruskan.. Rombongan kami akan melalui pemeriksaan Imigresen/Kastam diBangunan Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, Johor. Terima kasih kepada abang-abang JPJ kerana eskot rombongan bas. Perjalanan dengan lancar..jam 3 pagi rombongan kami sampai ke Hentian Rehat Gelang Patah. Bergegas kami ke tandas untuk mandi dan bersiap kerana ikut jadual jam 6 kami bergerak ke Tuas, Singapura.

Tunggu punya tunggu sampai jam 7 pagi, rombongan terakhir dari Shah Alam pun dah sampai ke Hentian Gelang Patah. Heran juga sepatutnya rombongan kami tak bertembung dengan mereka. Beberapa pegawai Imigresen KSAB diarahkan bertugas untuk membantu. Aku bertanya kepada seorang pegawai masalah yang sedang dihadapi. Rupanya pihak berkuasa Singapura tidak membenarkan rombongan kami memasuki republik kerana dr jam 3 hingga 8 pagi waktu puncak  Warganegara Malaysia yang berkerja di Singapura masuk. Camne aku leh lupa bab ni...aku pernah bertugas di KSAB dan tahu keadaan kesesakan bila waktu pagi..pagi2 dah makan asap moto. Urusetia mungkin terlepas pandangan benda ni. Nak salahkan siapa pun tak boleh, kerana sesiapa yang tak pernah bertugas di Pintu Masuk Johor tidak akan merasa permasalahan ini. Jam 8.30 pemeriksaan Imigresen di Kompleks Sultan Abu Bakar berjalan lancar..syabas geng2 Imigresen.

Setiba kami di Kompleks Imigresen Tuas, Singapore kami di minta menurunkan semua beg dan makanan untuk di periksa. Kami dinasihati tidak membawa sebarang barangan larangan seperti dadah.alhamdulilah pemeriksaan berjalan lancar, aku terus menaiki bas. 30 minit berlalu bas kami masih tak bergerak lagi. Rupanya salah seorang ahli rombongan kami di tahan oleh pihak kastam kerana membawa lebihan rokok. Pihak berkuasa Singapura amat ketat bab-bab ini..Pastikan anda membawa sekotak rokok sahaja.

Rombongan kami bergerak ke Stadium Nasional Singapura yang terletak di Kallang. Setiba kami disana, urusetia Singapura mengarahkan kami turun dari bas dan bergerak ke pintu utama. Kami di beri tag warna oren dan diberi taklimat. Pintu utama akan dibuka jam 2 petang, sekarang baru jam 11..Ya allah letihnya..kami mula pusing2 area stadium. Disctrict Kallang tak ada tempat menarik, shopping complex pun ala-ala kadar..kami menjamu selera kat Burger Kings. Kami dah tahap boring, nasib baik seorang sahabat memaklumkan ada pameran Homse Security tengah diadakan..sampai melihat pameran kami sempat mengumpul goodies setiap booth.
Jam 2.30 kami mulai beratur tetapi gate tak dibuka lagi. Hati sdah dah panas. Urusetia maklum gate akan dibuka jam 2.30. Kalo kami tahu dari awal, kami amik ke mrt pi pusat bandar ronda..patutlah aku tengok geng2 JPJ takde, mereka dah blah awal. sakit hatinya.. jam 4.30 baru gate buka.. kami harus melepasi security, abis semua di check.. Setelah selesai pemeriksaan, kami terus ke dalam stadium kerana jam 5.30 petang game Selangor Bawah 16 bertemu Sekolah Sukan Singapore. Semangat kami menyokong kerana salah seorang player Selangor merupakan anak pegawai Imigresen Tuan Nazora..Selepas tu game Selangor Veteran bertemu Singapore Veteran..Jam 8.30 baru bermula acara kemuncak Selangor PKNs bertemu Singapore. Kenapa Selangor PKNS bukan Team Selangor? Arwah Mokhtar Dahari merupakan pemain Selangor PKNS..salah satu sebab wujudnya Piala Sultan Selangor mengingati jasa arwah pada sukan bolasepak Selangor.
Keputusan muktamad Singapore 4 Selangor PKNS 3..jam 11 kami bergerak balik ke Shah Alam.. letih yang amat ..tido sampai tak sedar diri..sedar-sedar jam kat USJ..