Percutian yang tidak dirancang.. saja survey di www.skycanner.com.. ternampak offer ke Dublin hanya rm2300 pergi balik tapi perlu transit ke London.. apa lagi so grab.
Kali ini aku travel seorang diri. Berdebar jugak tapi aku kuatkan semangat.. i can do it.
27 Mar 2017 tarikh yang ditunggu tunggu telah tiba.. seawal 7 malam aku tiba ke KLIA. Sepatutnya flight aku berlepas jam 2310pm tetapi entah kenapa sejam juga lewat..cuak aku sebab aku ada connecting flight ke Dublin jam 830 pagi esok..ya allah risaunya.
Alhamdulilah jam 630am aku selamat tiba Heatrow 5 , setelah selesai pemeriksaan Imigresen dan Security aku bergegas ke gate untuk next destination.. nasib baik aku tak perlu amik bagasi. Huh ..lega aku sempat sampai ke gate. Jam 830am aku berlepas ke Terminal 1, Dublin.
Penerbangan aku cuma mengambil masa 1 1/2 jam, jam 1000am aku selamat tiba ke Terminal 1, Dublin Airport. Pemeriksaan Imigresen dan Security berjalan lancar. Aku terus ke Kawasan Coach Park Zone 16. Pengembaraan aku kali ini ke Greencastle, Co.Donogel yang terletak di utara Ireland.
Aku menaiki bas McGinley Coach Travel ke Pekan Moville.(http://www.johnmcginley.com).
Perkhidmatan Bas dari Dublin ke Moville 2 kali sehari iaitu jam 930am dan 6pm. Hampir 8 jam aku menunggu, so aku lepak di cafe di dalam airport sambil melihat gelagat manusia.
Perkhidmatan Bas dari Dublin ke Moville 2 kali sehari iaitu jam 930am dan 6pm. Hampir 8 jam aku menunggu, so aku lepak di cafe di dalam airport sambil melihat gelagat manusia.
Perjalanan dari Kota Dublin ke Pekan Moville mengambl masa selama 5jam. Bas akan berhenti di Pekan Ardee, Monogham, Derry, Bridgend, Buncrana, Ballyliffen, Carndonagh dan akhir sekali Moville. Aku cuma perlu bayar 20 euro di atas bas. Bas berhenti selama 30 minit dii Pekan Monogham. Aku turun beli Hot Chocalate dan roti untuk alas perut. Bas ni dilengkapi wifi dan usb untuk kemudahan penumpang
Aku tertido sebab keletihan sedar-sedar bas berhenti, penumpang terakhir turun disitu tinggal aku dan driver bas. Cuak gak sebab aku tak tahu aku dimana. Terus aku bertanya bahawa aku nak ke Pekan Moville. Driver menjawab ini merupakan pekan kedua terakhir. Aku terus menhubungi sahabatku Darwanis. Alamak dia tak angkat telefon pulak, jam dah tunjuk pukul 11 malam. Setiba aku ke Pekan Moville, keadaan sunyi sepi cuma bar sahaja yang masih berfungsi. Risau teramat, Darwanis tak angkat2 telefon..sah dia tertido ni. Dengan muka tak malu, aku jumpa Driver Bas bernama Brian memohon bantuan jika dia tahu ada teksi ke Greencastle. Terima kasih atas bantuan beliau, kalo tak aku pun stuck di Pekan Moville seorang diri. Jarak Pekan Moville dan Pekan Greencastle cuma 5km. Sampai je Pekan Greencastle sessi mencari rumah pulak..dah gelap..no umah takde..bergagau juga aku dengan teksi driver mencari..aku tawakal je harap rumah yang kau ketuk, rumah sahabatku Darwanis. Lega hati kau bila Luq suami Darwanis buka pintu rumah. Betul jangkaan aku mereka tertido. Aku ucapkan ribuan terima kasih kepada Teksi driver yang membantu aku..Aku membayar 2Euro kepada beliau.