Sabtu, 27 Oktober 2018

England, London


Kota London merupakan ibu negara England dan merupakan bandar paling besar di United Kingdom dan Eropah. Mata wang yang digunapakai di UK ialah Pound Sterling atau Great Britain Pound.Cuaca di UK selalunya tidak menentu begitu dengan hujan. Selalunya hujan renyai tak seperti di Malaysia. Sistem keretapi bawah tanah London  (Underground Tube) adalah tertua di dunia. Hari pertama kelam kabut kami dibuatnya kerana peta tube London memang agak serabut kerana terlalu banyak line dan stesen. Jangan risau hari kedua, dah mulai faham kerana setiap line mempunyai warna-warna tersendiri..actually sama seperti di Malaysia dan Singapura. Kita juga boleh menggunakan Bas Merah atau kita kenali Bus Double Decker. Sebelum itu, kita perlu beli Kad Oyster (ala -ala Touch N Go ). Makanan halal mudah di cari di Kota London terutama di Edgware Road. Terdapat premis tertentu  seperti Nandos, Subway dan KFC menyedikan makanan halal. Jika nak cari tekak Malaysia, boleh cari di Kantin Malaysia Hall, Warisan cafe, Bonda Cafe dan sebagainya. Saya suka ke Tesco, ALDI atau LIDL kerana produk disitu jual dengan harga murah contoh susu segar, roti dan telur kita boleh dpt bawah dari 1 pound.



Cuaca di London sentiasa hujan..jika berhajat kesini jgn lupa bawa pakaian yang sesuai.






Selasa, 2 Oktober 2018

PASTAK


Kepada Anakanda PASTAK semua,

Begitu terharu saya membaca, melihat gambar-gambar dan menonton video yang dipaparkan dlm Group ini.

Tidak segan saya nyatakan air mata saya menitis ke pipi lantaran perasaan dukacita yg amat sangat.

Saya merasakan kehilangan seorang anak. JIM kehilangan seorang pegawai berdedikasi. Negara kehilangan seorang perwira berjasa.

Sementara kepiluan amat dirasai. Pemergian PI Mohammad Hanafi Abd. Rahman bukan utk diratapi. Perjuangan diteruskan tanpa henti. JIM dan PASTAK teguh berdiri, berdedikasi dan berintegriti tinggi. JIM hebat di persada dunia, jasa beliau disanjung tinggi.

Semoga roh Allahyarham PI Mohammad Hanafi Abd. Rahman ditempatkan Allah S.W.T. bersama roh para Anbiya', syuhada dan solihin.

Drp:
Hj. Mustafar Haji Ali
Ketua Pengarah
Jabatan Imigresen Malaysia.





Jumaat, 31 Ogos 2018

JUARA MILIK KAMI

MERDEKA ..MERDEKA ..MERDEKA

JUARA MILIK JABATAN IMIGRESEN NEGERI SELANGOR
Tahun ni persiapan gak kelam kabut..ramai pegawai tarik diri last minit.
Nasib baik ramai yg volunteer demi nama Jabatan.. Sayang korang ketat-ketat

Ada hikmah apa yang berlaku ...terima kasih Allah kerana kurniaan ini.. 












Ahad, 15 Julai 2018

Panel Penguji Fzikal & Pancaindera KP19 & KP29

Sekali lagi aku kena bertugas dan berkampung selama 10 hari di Darul Iman..kali ini sebagai Panel Penguji Fizikal dan Pancaindera untuk intake Pegawai Imigresen KP19 dan Penolong Penguasa Imigresen KP29.

Untuk maklumat, mana - mana agensi Badan Beruniform harus melalui Ujian Fizikal dan Pancaindera. Jika lulus, baru calon layak untuk dipanggil temuduga. Ini tahun ke 7 aku menjadi panel.

Macam-macam peel aku jumpa.. kepada yang berjaya..Tahniah diucapkan..kepada yang gagal..jgn putus asa








Jumaat, 20 April 2018

Program Candat Sotong JIM 2018



Program Candat Sotong anjuran Majlis Sukan dan Kebajikan Jabatan Imigresen Malaysia bersama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Trengganu. Aku selaku Ketua Biro Sosial secara automatik terlibat dengan program ini. Seramai 100 peserta terdiri dari pegawai -pegawai Imigresen terlibat. Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Dato' Seri Mustapar dan isteri, Pengarah Bahagian Pengurusan, Pengarah Imigresen Negeri Kelantan, Trengganu, Pahang dan Kuala Lumpur merupakan VVIP yang terlibat.


Jam 8.30 pagi JIM Trengganu mengaturkan sarapan di Kedai Nasi Dagang Tol 2.. serius aku bukan penggemar nasi dagang tapi nasi dagang kedai ni mmg sedap bak hang.... aku siap tapow untuk makan kat hotel.. jgn lupa order Teh Ombak Rindu..minum popular di Trengganu. Selesai makan..aku ke Hotel Ming Paragon, Kuala Trengganu untuk check in. DSKPI dan rombongan ada program di Depot Tahanan Imigresen Ajil.



Hotel Ming Paragon terletak di tengah pusat Bandar Kuala Trengganu. Tidak perlu risau untuk mencari tempat makan. Restoren Uncle Chun, Secret Recipe, Restoren Ayam Penyek sebaris dengan hotel. Kalo anda boring, berdekatan hotel ada pusat Karaoke.





Jam 3 aku ke Pulau Duyung untuk menaiki Bot yang telah disewa. Sebanyak 2 bot telah disewa. Dalam jam 4.30 petang kami bergerak ke tengah laut.


Jam 8 malam acara bermula...ini merupakan pengalaman pertama aku menaiki bot di tengah laut. Nak tunjuk gagah, aku tak makan ubat mabuk...amik ko..bila enjin bot berhenti..bermula lah drama berlaku..badan rasa panas..kepala denyut.. aku terus ke bilik air untuk mandi untuk hilangkan panas badan. Setiba aku di bilik air, terus muntah.













Khamis, 1 Februari 2018

Triple Birthday















Seperti tahun sebelum ini, sambut Birthday aku bersama dengan Mama dan adik ipar. Aku 10 Feb , mama dan adik ipar 1 Feb, Tahun ni kami tema hijau dan lokasi di Indus Putrajaya.





Kami buat sambutan secara ringkas yang penting quality time bersama. 

Kualiti makanan disini kira ok..tak terlalu mahal sesuai dengan bajet. Restoren ini buka jam 6.30 petang. Sesiapa yang teringin makan sambil menikmati sunset.



Khamis, 23 November 2017